Showing posts with label Daging/ Ayam. Show all posts
Showing posts with label Daging/ Ayam. Show all posts

Saturday, August 20, 2016

Chicken Curry with Noxxa Cooker



Bahan2

1/2 ekor ayam (bahagian dada)
2 ulas bawang putih - dikisar
3 ulas bawang merah - dikisar
Sedikit halia - dikisar
Buah pelaga/kulit kayu manis/bunga lawang
3 sudu besar serbuk kari (bancuh dulu dgn santan)
Semangkuk santan
Sedikit air
Minyak utk menumis
1 atau 2 biji kentang
Tomato cherries - sukatan ikut suka

Cara:

- Tekan mod stir fry periuk noxxa. Masukkan sedikit minyak dan tumis bunga lawang/kulit kayu manis/ buah pelaga. Masukkan bahan2 yg telah dikisar. Tumis hingga kekuningan. Masukkan rempah kari yg telah dibancuk tadi, ayam, dan santan. Padamkan mod stir fry. Tukarkan ke mod hp selama 5 minit. Releaskan wap. Kemudian masukkan kentang dan biarkan dalam keadaan hp selama 2 minit. Releasekan wap dan biarkan dlm keadaan warm/reheat





Friday, August 19, 2011

Kari Ayam



Bahan - Bahan

600gm ayam (dipotong sederhana besar)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
2 sm kulit kayu manis
150 ml santan (kurang pekat)
3 sudu besar rempah kari ayam
1 biji kentang (dipotong empat)
1 biji tomato (dibelah empat)
Sedikit air

Cara membuatnya:

1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga agak lumat.
2. Bancuhkan rempah kari ayam dengan sedikit santan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
4. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Biarkan hingga kekuningan.
5. Masukkan rempah kari ayam yang telah dibancuh dengan santan. Biarkan hingga pecah minyak.
6. Masukkan ayam dan kentang. Tuangkan sedikit air. Biarkan hingga ayam dan kentang agak lembut.
7. Masukkan santan. Biarkan hingga mendidih.
8. Masukkan tomato dan garam dan biarkan hingga masak.



Friday, May 20, 2011

Rendang dendeng

Bahan-bahan

1/2 kilo daging
Gula secukup rasa
Kicap
1/2 cawan asam jawa

Bahan dikisar:
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah

Cara membuat:

Daging direbus dan dihiris agak sederhana. Kemudian ditumbuk jangan sampai lumat. Goreng daging yang telah ditumbuk. Angkat dan asingkan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging yang digoreng. Kemudian masukkan air asam jawa dan kacau. Masukkan kicap dan gula. Kacau hingga kuah agak kering.

Ayam Halia


Bahan-bahan:

500 g ayam
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air dan 1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang
1 biji buah tomato (dipotong empat)
2 sudu besar minyak masak
1/2 batang lobak merah (dipotong ikut suka)
Garam secukup rasa

Bahan hirisan:

5 sentimeter halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah

Cara membuat

- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris dengan layu
-Masukkan ayam dan kacau dan kacau rata. Masukkan sedikit air.
-Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biar hingga pekat.
-Masukkan tomato, lobak merah dan daun bawang, kemudian kacau rata.

Thursday, February 17, 2011

Daging Gulai Kawah

Bahan A:

500 g daging lembu
2 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
2 sudu besar gula perang
2 keping asam keping
Minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar)
20 tangkai cili kering
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 sm halia
2 sm lengkuas

Bahan C (Bagi menumis)

2 sm kulit kayu mais
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara membuat

1. Daging dipotong kecil. Kemudian basuh dan toskan
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi
3. Masukkan bahan yang dikisar dan masakkan hingga wangi dan naik minyak
4. Masukkan daging dan kacau rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata
5. Apabila sudah naik minyak, masukkan santan, kerisik, asam keping, garam dan gula merah.
6. Masak hingga mendidih dan pekat. Kacau sekali - sekala
7. Tutup api dan hidangkan

Sumber: Resipi Pilihan Chef Hanieliza

Saturday, January 29, 2011

Sup Tulang-Mamak Version

Bahan A:

500 gm tulang
2 sudu besar rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
1 biji kentang (dipotong 4)
1/2  batang lobak merah (dipotong bulat)
1 pokok daun sup dan daun bawang
1 batang serai (diketuk)
1/2  sdk lada hitam
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan B (Untuk menumis)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara membuatnya:

Tolong dipotong kecil. Basuh dan toskan. MAsukkan semua bahan ke dalam periuk dan masakkan hingga daging lembut. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi. Tuangkan bahan tumis dan masakkan hingga mendidih. Tutup api.  Taburkan dengan daun sup dan bawang goreng kemudian hidangkan.

Ayam Masak Hitam


Bahan-bahan

500 gm ayam
7 ulas bawang merah  (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 sudu Cili blend
Kicap manis
Kicap masin
Garam secukupnya

Cara membuatnya:
1) Goreng bawang merah dan bawang besar sehingga agak kekuningan. Angkat dan biarkan sejuk. Kemudian kisarkan bawang yang telah digoreng tadi dengan sedikit air.
2) Ayam digaul dengan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan ke tepikan.
3) Tumiskan cili blend sehingga cili kelihatan masak. Masukkan bawang kisar kemudian gaul hingga rata. Tambahkan sedikit air dan kacau. Masukkan ayam dan kicap manis dan masin (perlu banyak). Boleh ditambahkan sedikit garam dan gula.
4) Akhir sekali masukkan bawang besar. Kacau dan angkat.

Saturday, October 2, 2010

Sate Goreng

Bahan-bahan:-

Lebihan sate
Sebiji cili merah
1 labu bawang besar
Sedikit minyak

Bahan A
2 camca jintan halus
1 sudu makan lada putih
2 sudu makan ketumbar biji
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 batang serai
5 ulas bawang putih

Bahan B:
sedikit gula
sedikit kunyit
sedikit garam


Cara-cara membuatnya:

Kisar bahan A tetapi jangan terlalu halus. Gaulkan lebihan sate dengan bahan A dan B. Perap sekurang-kurangnya dua jam. Panaskan minyak sedikit (minyak tidak perlu banyak kerana lebihan sate telah dibakar akan menghasilkan minyak). Gorengkan sate hingga kelihatan sedikit garing, kemudian masukkan cili merah dan bawang besar. Goreng sehingga cili dan bawang agak kelihatan masak tetapi jangan terlalu layu. Angkat dan sedia untuk dihidang bersama-sama nasi atau nasi impit