Showing posts with label Pasta and pizza. Show all posts
Showing posts with label Pasta and pizza. Show all posts

Sunday, November 8, 2015

Chicken Lasagna


Sos Lasagna

Bahan2
 
400g mince meat (chicken)
1/2 bawang holland (potong dadu)
1 tin cendawan butang (potong dadu)
1 botol sos pasta kimball
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam

Cara:

Cairkan 2 sudu besar mentega. Masukkan mince meat. Kacau hingga daging separuh masak. Masukkan bawang, cendawan dan sedikit air. Biarkan masak seketika. Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan garam..apabila sudah masak.. Padamkan api dan biarkan sejuk seketika. 

Sos cheese

Bahan2
4 sudu besar tepung gandum
Tiga keping cheese
2 cawan skimmilk
Sedikit garam

Cara2

Panaskan dua sudu besar butter. Masukkan tepung gandum dan kacau. Ketepikan. Kemudian masukkan susu, cheese dan garam. Kacau sebati di atas api. Pastikan tepung tidak berketul. Apabila sudah masak. Biarkan ia sejuk.

Cara membuat lasagna
 
1. Tuangkan sos lasagna kedalam bekas caserole atau aluminium. Aturkan kepingan lasagna. Kepingan lasagna tidak perlu direndam. Kemudian tuangkan sos lasagna dan ratakan. Seterusnya tuangkan sos cheese .. 

2. Ulangkan langkah pertama jika sos masih ada. Pada lapisan terakhir, taburkan cheddar chesse ke atas sos lasagna dan sos cheedar.

3. Tutupkan lapisan atas dengan aluminium foil. Preheat oven. Bakarkan lasagna ke dalam  oven pada suhu 180 darjah selama 50 minit. Pada minit ke 20,  buangkan aluminium foil dan masukkan semula ke dalam oven. Apabila sudah masak, keluarkan lasagna dan biarkan sejuk selama 20 minit. 

                Bahan sos lasagna



    Lapisan pertama (untuk lembutkan    lasagna


      Lasagna yg telag siap dibakar










 

Sunday, November 1, 2015

Makaroni Bakar dengan periuk Noxxa

Bahan-bahan:

250g makaroni
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (dipotong halus)
250g Mince meat (chicken) 
Satu btg lobak merah (potong dadu)
Setengah botol sos spagheti kimball
Secawan susu full cream
3 biji telur
Garam secukup rasa

Cara2-

Masukkan makaroni kedlm periuk noxxa dan tuangkan air sama paras dengan makaroni. Tekan mode hp selama 4 minit. Apabila sudah masak toskan makaroni. Kemudian tukar kepada mode stir fry. Masukkan bawang putih, bawang merah dan mince meat. Masak hingga kekuningan. Masukkan sos spagheti kimbal dan lobak. Kemudian masukkan makaroni dan garam sekup rasa. Kacau hingga sebati. Tuangkan telur yg telah dikocak tadi dan susu. Pastikan susu dan telur diratakan di atas makaroni. Kemudian tekan mode sf selama 8 min. Apabila telah masak biarkan ia sejuk dan keluarkan dari periuk perlahan2.




p/s untuk gambar di atas makaroni agak kering mungkin sebab saya guna telur 3 biji sahaja. So next time kena lebihkan telur dan ditambah chesse




Sunday, September 29, 2013

Pizza pastry

Roti Pizza - Noxxa Breadmaker

(source: Youtube - Dah pernah cuba resepi ini…menjadi roti pizzanye..sangat lembut)

Bahan-bahan :
 (Roti)
3/4 cup hot tap water (saya guna air masak saja)
1 tbs olive oil
11/2  tsp salt - add into the water/oil
21/4 cup all purpose flour (saya guna high protein flour)
1 tsp sugar
1 tsp yeast

(Topping)
Sos spaghetti (Prego/Kimball dll)
Sosej ayam/daging - dipotong serong
Bawang besar - dipotong bulat2
Cheese Cheddar
Capsicum-dipotong bulat2
Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan (Roti) ke dalam breadpan dengan mengikut urutan dan masukkan ke dalam Noxxa breadmachine.  Pilih fungsi bread dan tekan sehingga 11 kali (fuction for pizza dough). Braedmachine akan menguli bahan-bahan selama 55 min. Sementara menunggu doh siap, boleh la buat topping pizza..Apabila doh telah siap diuli, roll dough ikut ketebalan yang diingini di dalam pan yang sesuai untuk memasak pizza. Pastikan pan telah disapu dengan minyak.  Then, pricking with fork to keeps air bubbles from forming. Kemudian sapukan sos spagheti di atas doh tadi dan taburkan sosej. Kemudian taburkan bawang dan capsicum…Akhir sekali taburkan chesse di atas kesemua bahan tadi..Preheat oven dulu. Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar selama 15 minit dengan kepanasan suhu 220 darjah celcius.



Doh yang telah siap diuli

Bahan-bahan topping pizza (sos & bawang terlupa nak captured)
Pizza sebelum dibakar

Pizza setelah dibakar (tak cukup chesse)




Thursday, February 17, 2011

Pasta Goreng

Bahan-bahan:

1/2 Paket Pasta
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
2 sudu makan cili kisar
200 g isi ayam yang telah dicincang
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji capcicum (dipotong dadu)
2 sudu makan cili sos
Minyak Zaitun
Mix Herbs/ Oregano
Garam secukup rasa


Cara membuat:
1. Pasta direbus sehingga kembang. Angkat dan toskan.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili hingga wangi. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak.
3. Kemudian masukkan cili sos dan kacau rata.
4. Masukkan tomato dan capcicum dan kacau rata.
5. Kemudian masukkan pasta, garam dan mix herbs. Kacau rata. Tutup api dan hidangkan.

Saturday, January 22, 2011

Home made pizza

Pizza Base

Before


After




Bahan-bahannya:

Pizza base (boleh dibeli di Tesco)
Sos spaghetti prego/kimball
Sosej ayam/daging - potong jangan terlalu nipis
Mushroom button - potong jangan terlalu nipis
Capsicum - potong ikut suka
Bawang besar - dihiris bulat-bulat
Fresh Tomato - dihiris atau potong dadu..terpulang kepada anda
Chesse cheddar - diparut
Sedikit garam

Sukatan - agak2

Cara membuatnya :

Goreng sosej sehingga agak kekuningan. Kalau boleh gunakan olive oil. Kemudian masukkan sos spaghetti dan mushroom. Masukkan secubit garam. Boleh juga ditaburkan oregano herb. Goreng hingga semua bahan sebati. Angkat dan tuangkan ke atas pizza base. Kemudian taburkan capsicum, bawang besar dan fresh tomato. Akhir sekali taburkan chesse cheddar yang telah diparut. Bakar selama 30 minit di dalam oven dengan suhu 180 celcius.