Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Wednesday, October 14, 2015

Nasi Arab Mandy (Periuk Noxxa)

Bahan:

- Satu pek rempah nasi arab mandy jenama Arabian Kitchen (1/2 kilo) - untuk resepi ini saya guna 2 pek rempah nasi.
- Seekor ayam dibelah 4.

Cara memasak menggunakan periuk nasi  noxxa.
-masukkan 1400 ml air ke dalam periuk. Kemudian masukkan rempah dan ayam ke dalam periuk yang berisi air tadi dan tekankan mode stir fry. Panaskan sehingga mendidih dan ayam nampak seperti half cook. Tapiskan beras dan masukkan ke dalam didihan air. Tukarkan kepada mood high pressure. Pilih masa 8 minit. Biarkan sehingga kering. Apabila nasi telah masak, masukkan pewarna dan kacau sehingga sebati dgn nasi.. Biarkan dalam mode preheat.


Setiap pek mengandungi pes, pewarna dan beras
                 Mode stir fry
    Ayam dan rempah dibiarkan mendidih
    Setelah mendidih masukkan beras
    Tukar kepada mode high pressure selama 8 min
        Nasi yang telah masak




Sunday, December 14, 2014

Nasi Arab Mandy, Sos harrah dan salad arab (4-5 org)

Bahan2


I kotak Nasi Arab Al-Bayt (boleh didapati di kedai2 produk muslim- kalau tak salah cap ni beli di kedai produk az-zain)
-1 kotak mengandungi:
    - beras basmathi
    - rempah serbuk mandy
    - rempah tumis mandy
- 1 ekor ayam (belah 4)
- 2 ulas bawang besar (hiris)
- 10 ulas bawang putih
- 2 batang cili hijau
- Minyak
- tomato puri
- garam

Cara membuat ayam panggang:
Perapkan 1 ekor ayam dengan 11/2 sudu besar rempah mandy, 5 ulas bawang putih yang telah dikisar, 2 susu kecil garam, 2 sudu besar minyak dan dua sudu besar tomato puree.

Perapkan dalam 1/2 jam. Panggang dalam oven selama 1 jam dengan suhu 180 celcius.. Saya menggunakan oven noxxa.. Pilih function oven dan pilih mode  broil.. Setting masa selama 50 minit.. Balikkan ayam selepas 25 minit.
Simpan lebihan minyak ayam yang keluar ketika memanggang.


        Nasi Mandy Jenama Al Bayt

           Ayam yang sedang diperap


Cara membuat Nasi Mandy

Rendam beras 20 minit dan toskan. Tumis rempah tumis mandy ( kayu manis, pelaga cengkih dan lumi), 2 ulas bawang besar, 5 ulas bawang putih, 1 sudu besar rempah mandy dan 2 sudu besar tomato puree.

Masukkan 600 ml air kedalam tumisan. Biarkan ia mendidih. Campurkan beras yang ditoskan berserta  air tumisan kedalam periuk nasi. Taburkan 11/2 sudu kecil garam. Tanak nasi sehingga 80% masak. Kemudian masukkan minyak ayam panggang. Gaulkan perlahan-lahan..biarkan sehingga nasi 100% masak.

Cara membuat Sos Harrah:

2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, segenggam daun ketumbar, 3 biji cili padi dan sedikit garam. Kisarkan semua bahan tanpa air.


      Bahan- bahan sos harrah siap untuk dikisar.

Cara buat sos salad
2 biji tomato dan 1 batang timun jepun. Hiris halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar. Campurkan semua bahan kedalam mangkuk, tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam. Perahkan sedikit air lemon dan gaulkan

* tak sempat nak snap pic nasi n sos yg dah siap



Monday, January 24, 2011

Nasi Goreng Daging Burger



Bahan-bahan:

Nasi putih - 2 -3 cawan
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Cili merah@ cili padi - agak2 (boleh juga digantikan dengan lada hitam)
Mixed vege
2 keping daging burger
Sedikit garam

Cara membuatnya:
Gaulkan nasi dengan garam. Panaskan minyak dan goreng daging burger hingga agak kekuningan dan angkat. Kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili. Masukkan mixed vege dan gaul rata. Masukkan nasi dan daging burger, kacau rata tetapi jangan sampai hancur. Angkat dan hidangkan dengan telur mata kerbau.

Nasi Tomato

Bahan - bahan:
(Untuk 4 orang makan)

3 cawan beras basmathi (dicuci dan ditos)
1/4 cawan susu cair
2 biji tomato (dicincang)
1/2 cawan sos tomato
2 sudu makan minyak sapi
Garam sekup rasa
4 cawan air
2 helai daun pandan (diikat)
Sebatang serai

Bahan untuk menumis:
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 inci halia
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara membuat:

Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi dan tumiskan bahan tumis, serai dan daun pandan sehingga wangi. Masukkan tomato, garam dan gaul rata. Tambahkan susu cair, air dan biarkan mendidih. Masukkan beras dan biarkan masak. Apabila nasi sudah kering, kacau rata tetapi jangan sampai hancur.