Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Tuesday, October 4, 2016

Gulai Lemak Telur Ikan Plotan/ Mayong

Bahan:

500 gm telur ikan plotan/ mayong
7 biji cili padi 
Kunyit sebesar ibu jari 
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sebiji cili merah 
2 batang serai 
2 helai daun kunyit- diracik 
Satu peket santan
2 keping asam jawa
Garam secukup rasa

Cara2 memasak:

1. Tumbuk kunyit dan cili padi. 
2. Hiris halus bawang merah, bawang putih, serai.
3. Satukan semua bahan ke dalam periuk.
4. Masak di atas api yang perlahan., sentiasa kacau supaya santan tidak pecah.
5. Tambahkan garam secukup rasa.
6. Apabila hampir masak, tambahkan hirisan cili merah, tomato atau belimbing buluh.





Sunday, June 21, 2015

Ikan bawal stim simple

Bahan2

Ikan bawal (separuh)
1 biji bawang merah (potong bulat)
2 biji bawang putih (hiris)
1/2 biji cili merah
1 inci halia
I batang serai (dititik)
Lobak (dipotong panjang2)
Bunga kobis
Cili benggala
Garam - secukup rasa
Sos tiram-secukup rasa

Perapkan ikan bersama sos tiram dan garam.. Taburkan semua bahan yang telah dihiris. Kukus selama 30 min atau sehingga isi ikan menjadi putih..




Sunday, March 1, 2015

Ikan Baung Masak Tempoyak

Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan baung saiz sederhana 
3-4 sudu tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah 
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam

Cara cara:
Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.

Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.

Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.  


Ikan Baung Masak Tempoyak 



Tuesday, February 19, 2013

Ikan siakap berlada


Bahan-bahan:

Seekor ikan siakap/jenahak
6 biji cili merah
6 biji cili padi
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji limau nipis (ambil jus)
1 cawan air biasa
1 biji bawang besar - dipotong bulat utk hiasan
garam & gula secukup rasa

Cara memasaknya
- Ikan siakap/ jenahak digaul dengan kunyit dan garam. Di goreng sedikit garing. Ketepikan.
- Kisarkan cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih. Tumiskan dengan minyak yang sedikit sehingga naik bau
- Masukkan sedikit air dan perahan jus limau, kacau rata. Biarkan seketika sehingga sambal sedikit kering.
- Masukkan garam dan gula secukupnya.
- Apabila sambal kelihatan kering, masukkan ikan. Gaul sehingga ikan rata dengan sambal.
- Akhir sekali, sebelum angkat, masukkan hirisan bawang besar, dan gaul rata lagi.

Saturday, January 29, 2011

Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa


Bahan-Bahan

Seekor ikan kerapu/siakap.  Saiz sederhana besar.
Sebiji tomato - dipotong empat
Sebiji bawang besar (dipotong bulat)
3 sdb sos tiram
3 sdb sos cili
3 sdb sos tomato
Sedikit garam

Bahan-bahan dihiris:

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
Sebiji cili merah

Bahan - bahan hiasan:

Sebiji cili hijau
Daun bawang dan dau sup

Cara- cara membuatnya:

Ikan disalut dengan tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat.  Kemudian tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga garing. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau semua bahan. Masukkan sedikit air untuk menambahkan kuahnnya.  Masukkan tomato dan bawang besar. Taburkan sedikit garam. Kacau hingga semua bahan telah masak. Angkat dan tuang ke atas ikan yang siap digoreng. Taburkan cili dan dan daun bawang dan sup sebagai hiasan.

Monday, October 11, 2010

Sambal tumis sardine



Bahan-bahannya:

1 tin sardine
Sebiji ubi kentang - dipotong panjang
Cili merah- dihiris
Bawang besar- dipotong bulat
Sedikit air asam jawa
Kicap
Sedikit garam

Kisar Bahan A:
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih

Cara-cara membuatnya:
Goreng ubi kentang sehingga agak garing. Angkat. Kemudian tumiskan bahan A sehingga cili kelihatan agak garing. Masukkan sardine dan sosnya (anda juga boleh menggorengkan sardine tersebut terlebih dahulu). Tumis seketika. Masukkan air asam jawa. Biarkan sehingga masak. Kemudian masukkan sedikit garam dan kicap. Akhir sekali masukkan cili merah, bawang besar dan ubi kentang. Tumis tetapi jangan sehingga bawang dan cili layu. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.