Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Sunday, June 18, 2017

Bakwan


Bahan2

3 cawan tepung
2 sudu tepung beras 
1 biji telur
1 batang lobak merah - dipotong panjang2 halus
Kobis- ikut suka nk banyak mana dan potong halus2
Daun bawang & daun sup
1 labu bawang besar - dihiris nipis
Garam secukup rasa
Sedikit udang segar

Sedikit udang kering & dua ulas bawang putih - ditumbuk halus

Cara memasak:

Satukan tepung gandum, tepung beras, telur & bahan ditumbuk. Gaul dan tambahkan sedikit air. Kemudian gaul lagi. Masukkan lobak, bawang, daun bawang dan daun sup. Tambahkan sedikit garam. Gaul hingga sebati. Panaskan minyak dan goreng bakwan hingga nampak kekuningan.

                      Sayur- sayuran

        Bawang putih & udang kering




 

Sunday, January 15, 2017

Churros Mudah Dan sedap


Bahan2

1 cawan tepung gandum (di ayak) - saya guna baker's choice
1 cawan air (sukatan cawan yg sama dgn tepung)
2 sudu buttercup
2 sudu gula
Minyak untuk menggoreng
Gula icing untuk ditaburkan ke atas churros yg telah digoreng
Alat untuk piping

Cara2:
Panaskan air. Masukkan buttercup. Biarkan air dan butter mendidih seketika.masukkan gula. kecilkan api. Masukkan tepung ke dalam air dan kacau dgn cepat. Tutup api dan alihkan adunan ke dlm bekas lain. Pecahkan sebiji telur kedalam adunan tepung tadi dan biarkan seketika. Kemudian piping adunan td mengikut citarasa masing2 ke dlm minyak yg telah dipanaskan.



Saturday, February 28, 2015

Kuih Cara

BAHAN A 
(Campurkan semua dibawah dan kisar)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan
1 biji telur
1 1/2  cawan air daun pandan  (dari 3-4 helai daun pandan yang telah dikisar dan ditapis)

sedikit 

BAHAN B
Gula putih

BAHAN C (Untuk sapuan pada dasar loyang)
1 helai daun pandan

sedikit minyak masak

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan acuan Kuih cara.
2. Sapu sedikit minyak pada dasar acuan dengan menggunakan daun pandan. Pastikan tiada minyak yang tinggal bertakung.
3. Ceduk dan masukkan bancuhan tepung kedalam acuan... hampir-hampir penuh (lebih dari 3/4)
4. Biarkan seketika <> 30 saat supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit.. barulah dimasukkan sedikit gula (1/3 sudu teh)
6. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat dan pasangkan.


              Bahan A, Gula & Minyak

               Kuih cara sedang dimasak 

            Kuih cara sedia untuk dimakan

Sunday, February 22, 2015

Lempeng kelapa dan sambal

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu teh garam halus
1 biji telur

Cara masak :
1. Semua bahan di atas di satukan dan dikisar sekejap dalam mesin pengisar (blender) menjadi batter.
2. Ambil satu senduk bancuhan tepung (batter) dan dilenserkan dalam kuali non-stick. Jangan terlalu tebal, lebih kurang seperti tebal roti canai.
3. Taburkan kelapa di atas lempeng. Kemudian sendukkan sedikit tepung di atas lapisan pertama dan kelapa tersebut.
4. Bila bahagian bawah telah garing sedikit, balikkan lempeng bahagian bawah naik ke atas.
5. Bila kedua-dua bahagian telah masak, angkat dari kuali.
6. Sesuai dimakan dengan sambal ikan bilis atau apa sahaja ikut kesukaan anda.









Sunday, April 7, 2013

Talam Berlauk

Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung jagung
¼ cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 cawan air
Garam secukup rasa


Bancuh kesemua bahan ini.

250 gram udang basah goreng sehingga masak - ganti ayam kisar
1 camca besar udang kering rendam tumbuk dan goreng sehingga garing - ganti ayam kisar
Daun bawang daun sup di potong bulat
Cili merah di dadukan halus
3 ulas bawang merah dimayang dan dijadikan bawang goreng - guna yg readymade je

Campurkan kesemua bahan ini dan bahagi dua bahagian

1 bahagian dicampurkan kedlm bahan tepung dan kacau sebati .
Kukus sehingga ¾ masak taburkan lagi sebahagian bahan2 udang tadi kukus lagi sehingga masak.
Sejukkan baru dipotong makan dgn sos cilinya.

Friday, August 19, 2011

Roti Jala


Bahan - Bahan:

1 cawan tepung
1 cawan air
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:

Masukkan tepung, air dan telur ke dalam bekas. Kemudian bancuhkan dengan menggunakan pemutar belon sehingga semua adunan tersebut tepung tidak berketul. Masukkan garam dan pewarna kuning dan kacau hingga sebati. Panaskan kuali leper yang tidak melekat dengan api perlahan. Sapukan minyak di atas kuali dengan menggunakan daun pandan. Kemudian masukkan adunan ke dalam bekas acuan roti jala dan putarkan di atas kuali tadi. Apabila roti nampak kekuningan, sapukan sedikit minyak di atas roti tersebut. Kemudian angkat dan lipat / atau gulung roti jala tersebut. Boleh dihidangkan dengan kuah durian atau kari ayam/daging


Thursday, February 17, 2011

Kuih Kaswi

Bahan A

3 cawan air
1/2 cawan gula merah
1 helai daun pandan

Bahan B

1/2 cawan air
1 cawan tepung gandum
1/4 tepung kanji atau tepung ubi
1/2 sudu teh kapur kuih

Bahan C

Kelapa parut muda
Garam secukup rasa

Cara membuat:

1. Masakkan bahan A. Kemudian ketepikan hingga sejuk
2. Ratakan sedikit minyak ke dalam loyang yang hendak digunakan
3. Bancuh semua bahan B dengan air gula (Bahan A) dan tapiskan ke dalam loyang
4. Kukus selama 30 minit
5. Tunggu sehingga sejuk dan poteng
6. Gaulkan garan dengan kelapa dan golekkan kuih yang dipotong bersama kelapa tadi