Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Friday, April 3, 2015

Sardine Puff


Bahan2

1 tin kecil sardine
1/2 biji bawang holland dicincang
cili padi dihiris halus
Sedikit garam 

Buang sos sardine dan tulangnya. Hancurkan sardine dan satukan dengan bahan2 lain dan gaul rata.

2 keping roti paratha
1 biji telur dikocok untuk sapuan

Cara2

Bahagi 2 roti. Letakkan inti sardin ditengah2. Lipat menjadi bentuk 3 segi. Tekan hujungnya dengan garfu atau klim macam karipap.
Susun atas loyang digris dengan mentega. Sapukan telur. Bakar pada suhu 180°C selama setengah jam atau hingga keperangan.




Sumber: zulfazadreamland.blogspot.com

Sunday, December 14, 2014

Roti Chesse & Sos Pasta

Roti gardenia/french bouggete
Sos Pasta Kimball/Prego
Sosej (dipotong nipis-nipis)
Chesse

Cara membuatnya:

Sapukan sos pasta di atas kepingan roti. Kemudian susunkan sosej di atas roti tersebut dan alhir sekali letakkan chesse di atasnya. Kemudian bakar di dalam oven.
        Sebelum Di Toast/ Bakar dlm oven
                  Selepas dibakar

Sunday, November 24, 2013

Donut Gebu Dengan Noxxa Breadmachine

Bahan2:

200ml air suam
 secubit garam
 1 biji telur
50g mentega
2 sdb susu pekat 
2 sdb gula pasir
500g tepung roti
1 paket mauripan

Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadpan.. Tekan fungsi 10 dalam mode bread.. Breadmachine akan menguli doh selama 1j 30 min..serelah selesai menguli .. Bulatkan doh dan leperkan lebih kurang 1/2 inci.. Lubangkan ditengah2 doh..kemudian biar selama 1/2 jam.. Apabila doh dah kembang bolehlah goreng dengan api yg kecil.. Dan gaulkan dgn gula

Doh setelah diuli


Doh dibentuk mejadi donut dan dibiarkan selama 30 minit


Doh yang siap digoreng


Donut dah siap



Thursday, September 19, 2013

Bun Tuna with Noxxa Breadmaker


Bahan-Bahan A:

250ml air sejuk
1 biji telur
60g gula
10g garam
40g butter
400g tepung roti (high protein flour)
100g tepung naik sendiri
10 g yis

Inti:
2 tin tuna mayo
Anda juga boleh menggunakan inti bilis, kaya, red bean, sardine dll.

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan A mengikut urutan kedalam bread pan. Kemudian masukkan ke dalam noxxa breadmachine. Pilih fungsi bread dan tekan program 10. Adunan akan diuli selama 1j30m. Setelah selesai, keluarkan doh dan bulatkan seperti bola seberat 60 kg setiap satu. Kemudian biarkan selama 10 min. Kemudian lenyekkan doh tadi setiap satu dan masukkan inti. Bulatkan semula dan letakkan di atas loyang pembakar yang telah disapu gris. Biarkan selama 40-50 min. Kemudian masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan. Bakar selama 12-15min dengan suhu 200 darjah celcius.

Bahan A dimasukkan ke dalam bread pan


Doh yang telah siap diuli

Adunan yang siap untuk dibakar

Roti yang telah siap dibakar