Bahan2
I kotak Nasi Arab Al-Bayt (boleh didapati di kedai2 produk muslim- kalau tak salah cap ni beli di kedai produk az-zain)
-1 kotak mengandungi:
- beras basmathi
- rempah serbuk mandy
- rempah tumis mandy
- 1 ekor ayam (belah 4)
- 2 ulas bawang besar (hiris)
- 10 ulas bawang putih
- 2 batang cili hijau
- Minyak
- tomato puri
- garam
Cara membuat ayam panggang:
Perapkan 1 ekor ayam dengan 11/2 sudu besar rempah mandy, 5 ulas bawang putih yang telah dikisar, 2 susu kecil garam, 2 sudu besar minyak dan dua sudu besar tomato puree.
Perapkan dalam 1/2 jam. Panggang dalam oven selama 1 jam dengan suhu 180 celcius.. Saya menggunakan oven noxxa.. Pilih function oven dan pilih mode broil.. Setting masa selama 50 minit.. Balikkan ayam selepas 25 minit.
Simpan lebihan minyak ayam yang keluar ketika memanggang.
Cara membuat Nasi Mandy
Rendam beras 20 minit dan toskan. Tumis rempah tumis mandy ( kayu manis, pelaga cengkih dan lumi), 2 ulas bawang besar, 5 ulas bawang putih, 1 sudu besar rempah mandy dan 2 sudu besar tomato puree.
Masukkan 600 ml air kedalam tumisan. Biarkan ia mendidih. Campurkan beras yang ditoskan berserta air tumisan kedalam periuk nasi. Taburkan 11/2 sudu kecil garam. Tanak nasi sehingga 80% masak. Kemudian masukkan minyak ayam panggang. Gaulkan perlahan-lahan..biarkan sehingga nasi 100% masak.
Cara membuat Sos Harrah:
2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, segenggam daun ketumbar, 3 biji cili padi dan sedikit garam. Kisarkan semua bahan tanpa air.
Cara buat sos salad
2 biji tomato dan 1 batang timun jepun. Hiris halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar. Campurkan semua bahan kedalam mangkuk, tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam. Perahkan sedikit air lemon dan gaulkan
* tak sempat nak snap pic nasi n sos yg dah siap
No comments:
Post a Comment