Bahan-bahan
1 peket mee kuning (500 mg) - Basuh dan tapiskan
Segenggam udang hidup
Segenggam sotong
Sebiji tomato (potong 6)
Sawi
Lobak merah (potong bulat)
2 ulas bawang putih (di ketuk)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar cili kering yang di mesin (boleh tambah jika suka pedas)
1 sudu besar tepung jagung (larutkan dalam air)
Air bertapis (agak2 untuk kuah)
Kicap manis Cap Kipas Udang
Bawang goreng (untuk hiasan)
Daun bawang & daun sup (hiris - untuk hiasan)
Cara Masak:
1. Tumis bawang putih, cili kering yang dimesin sampai pecah minyak dengan api yang sederhana.
2. Masukkan sotong & udang. Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan air bertapis untuk kuah. Jika suka kuah banyak, lebihkan air. Tuang kicap manis ikut kepekatan yang di gemari. Biarkan mendidih.
4. Masukkan garam dan lada sulah. (ikut citarasa). Didihkan sekejap.
5. Masukkan sayur sawi, lobak merah dan tomato.
6. Masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan.
7. Masukkan mee kuning. Gaul sebati. Didihkan seketika.
7. Hidangkan dalam mangkuk. Taburkan bawang goreng dan campuran daun sup daun bawang sebagai hiasan.
No comments:
Post a Comment