Bahan-bahan:
5 biji telur saiz A
160g gula kastor
200g tepung naik send
iri (Cap BlueKey)
250g butter
1/2 sudu teh esen vanilla
Chocolate rice untuk hiasan
Cara membuatnya;
Dalam satu bekas, satukan butter dgn gula dan putar dgn kelajuan perlahan selama 2 min. Kemudian naikkan kelajuan dan putar sehingga adunan bertukar warna krim dan sebati. Bila butter dan gula dah hancur masukkan telur satu persatu dan pada masa ini kelajuan mixer dikurangkan.. Setelah selesai telur dimasukkan..naikkan kelajuan mixer dan putar telur sehingga sebati selama 2-3 min. Masukkan esem vanilla dan putar lagi selama 2-3 min. Masukkan tepung yg diayak sedikit demi sedikit dan putarkan lagi selama 2-3 min. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan minyak. Anda juga boleh taburkan chocalate rice jika mahu. Panaskan oven selama 15 min pada suhu 170 celcius. Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar selama 40-50 min atau sehingga kek betul2 masak
No comments:
Post a Comment